Misi Kemanusiaan dan Kesukarelawan Kemasyarakatan anjuran Persatuan Marketeers UiTM Cawangan Johor.
Kemboja ialah antara negara yang paling miskin di sebabkan peperangan sesama sendiri oleh regim Pol Pot atau dikenali dengan Khmer Rouge yang telah mengorbankan rakyat 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975. Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam telah terbunuh di antara tahun 1975-79. Kini bilangan penduduk Islam Champa dianggarkan lebih kurang 500,000 daripada jumlah penduduk Kemboja 14 juta. Mereka hidup berselerakan di seluruh Kemboja dengan serba kedhaifan. Anak-anak Islam Kemboja tidak bersekolah secara formal kerana ibu bapa tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Meraka tidak kenal air paip, televisyen, radio, telefon bimbit, kereta, pakaian cantik, rumah besar, saham, wawasan dan masa depan. Tidak ada klinik di kampung mereka. Tidak ada balai raya.
Kebanyakan mereka tidak dapat makan daging,kerana daging di Kemboja amat mahal, Sekilo RM26 mata wang disana sama dengan 29ribu Rial. 29 Ribu Rial bagi orang Kemboja nilainya sangat tinggi. Kebanyakan mereka tidak dapat mencari 29ribu Riel itu dalam masa sebulan. Oleh itu mereka hanya akan dapat makan / merasai daging itu setahun sekali di musim qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban disana.
Sumber : http://smartqur.com/fakta-benar-umat-islam-dikemboja/
Kemboja mempunyai 3 musim iaitu musim sejuk, musim hujan dan musim panas/kemarau. Sepanjang enam bulan (Disember sehingga Mei), Kemboja akan mengalami kemarau di dalam musim panas. Terutamanya di kawasan yang sukar untuk memperolehi sumber air,maka dengan adanya perigi / telaga ini,masyarakat setempat dapat menggunakannya untuk beribadah,kegunaan harian,makan,minum, untuk ternakan,tanaman dan sebagainya. Bayangkan selama mana air itu ada, selagi itu ganjaran pahala dihitung ALLAH tanpa putus, maka berkekalan walau seseorang itu telah meninggal dunia dan berada di alam barzakh,insyaAllah kekal ke hari akhirat sebagai bekalan.
Sumber: http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/?page_id=177)
Sumber: http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/?page_id=177)
Daripada Anas Bin Malik seperti hadith dari Abu Hurairah kecuali riwayatnya berbunyi , tujuh perkara akan berterusan pahala kepada hamba Allah walhal dia sudah berada di alam kubur ialah seorang yang telah mengajar ilmunya atau membina tali air atau menggali telaga atau menanam pokok (kurma) atau membina masjid atau mewakafkan Al-Quran atau meninggalkan anak yang soleh yang beristighfar untuknya selepas mati. (Hadith Anas Riwayat Bazzar)
Sumber:
Bayaran Penyertaan
1) KORBAN /AQIQAH 1 Bahagian Lembu = RM280---> Penyertaan telah ditutup
Seekor RM1,960 Termasuk kos untuk memasak/kenduri (Sijil akan diberi)
2) WAKAF TELAGA/PERIGI/PAM AIR 1 Perigi = RM700 (Termasuk kos pembinaan dan pengurusan - Sijil dan Gambar akan diberi kemudian)
3) WAKAF TELEKUNG RM15 sepasang. Telekung akan di beli di Kemboja
4)WAKAF TANDAS RM1,500 (dua bilik air bertutup) di perkampungan Islam Cham (Termasuk kos pengurusan dan pembinaan)
Kami juga mengalu-alukan kepada anda yang ingin menyumbang pakaian yang masih elok tetapi tidak lagi digunakan, alatulis, buku tulis, pensil warna, sejadah, kain sarong/pelikat, kopiah, tudung, cadar, selipar, kasut dan apa-apa barangan lain yang sesuai untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal, dan fakir miskin di perkampungan Melayu Champa di Kemboja.
Sila hubungi :
1. Pn. Norshahniza Sahari (013-7522227) atau
2. Cik Mazlina Ismail (012-9711219) atau
3.Saudara Mohd Nairul Naim – Ketua Projek (012-5928092) bagi penyertaan korban/waqaf dan sumbangan wang/barangan.
1. Pn. Norshahniza Sahari (013-7522227) atau
2. Cik Mazlina Ismail (012-9711219) atau
3.Saudara Mohd Nairul Naim – Ketua Projek (012-5928092) bagi penyertaan korban/waqaf dan sumbangan wang/barangan.
Jika ada unit/jabatan atau persatuan/kelab yang ingin berkongsi menyumbangkan wang untuk pembinaan wakaf telaga/pam air, anda juga boleh berbuat demikian. Telaga tersebut akan dinamakan (ada papan tanda) dengan nama penyumbang. Melakar nama Jabatan/Persatuan/Kelab dan UiTMCJ di peta dunia dalam misi kemanusiaan dan kemasyarakatan ini.
“Anda Buat..Anda Dapat.. Anda Hebat”, Insya Allah...
Norshahniza Sahari
Penasihat Program Misi Kemanusiaan dan Penasihat Persatuan Marketeers
Pensyarah Pemasaran
UiTM Cawangan Johor
Penasihat Program Misi Kemanusiaan dan Penasihat Persatuan Marketeers
Pensyarah Pemasaran
UiTM Cawangan Johor
No comments:
Post a Comment