MISI KEMANUSIAAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN
Sambungan Bahagian Dua (2)
Perjalanan Misi Bermula Malam Hari Raya Aidil Adha Pertama (15 Oktober 2013)
Misi kemanusiaan yang pertama kali dianjurkan oleh
Persatuan Marketeers, UiTM Johor bagi peringkat antarabangsa ini bermula dengan perjalanan
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada malam hari raya
Aidil Adha pertama. Ada sebahagian pelajar terpaksa berkorban untuk tidak pulang ke kampung sebagai persediaan pelaksanaan misi ini.
Seawal jam 10.30 malam, peserta-peserta telah berkumpul di Dataran Sri Bendahari UiTM Johor. Kesemua kotak dimasukkan di bawah perut bas. Manakala beg terpaksa dibawa naik ke dalam/atas bas kerana tiada ruang kosong di bawah.
|
Penuhkan saf di hadapan |
|
Teruja dalam perjalanan ke KLIA |
Kami tiba di KLIA jam 3.30 pagi (16 Oktober 2013). Kotak-kotak barangan dibawa keluar dari bas dan diletakkan di atas troli. Sementara menunggu kaunter daftar masuk dibuka jam 5 pagi, kami mencari tempat-tempat yang sesuai untuk berehat dan melelapkan mata.
|
Mata tengah kelat terpaksa mengangkat barang-barang |
|
Hati berdebar takut terlebih berat bagasi |
|
Kita posing dulu depan pintu masuk balai pelepasan KLIA |
|
Cuba untuk melelapkan mata di kaki lima sebelum kaunter daftar masuk dibuka jam 5 pagi |
Selepas selesai solat Subuh di KLIA, kami berkumpul untuk mengambil barang-barang dan beg di belakang Restoran KFC. Semua peserta menolak troli barang ke Kaunter L (check in berkumpulan) yang terletak berdekatan dengan Restoran Mc Donald's dan Secret Recipe. Disebabkan rombongan kami adalah seramai 29 orang, kami perlu membuat daftar masuk di Kaunter L untuk check in berkumpulan. Proses daftar masuk ini mengambil masa hampir sejam.
|
Tolak troli |
|
Menunggu dan menanti di kaunter daftar masuk |
|
Mira, Caca, Ieka dan Tyra... |
|
Menunggu check in bagasi
Kami bernasib baik kerana urusan membawa bagasi dan 60 buah kotak pakaian serta keperluan seberat 850 kilogram berjalan lancar dan teratur semasa daftar masuk menaiki pesawat Malaysia Airlines System (MAS), MH754 ke Phnom Penh jam 9.30 pagi.
|
|
Agak huru hara di kaunter... perlu standby salotape sebab ada kotak yang dah nak terburai |
|
Bersedia untuk berlepas |
|
Peserta paling kecil menyertai misi ini.. Annisa 3 tahun dan Qairina 2 tahun |
|
Selamat pergi dan kembali peserta-peserta Misi Kemanusiaan team Marketeers, UiTM Johor |
Kami berlepas tepat pada masanya. Jam 9.30 pagi pesawat MH754 meninggalkan tanah tumpahnya darahku, Malaysia. Perjalanan memakan masa 1 jam 50 minit. Kami dihidangkan dengan sarapan pagi nasi lemak dan mee goreng. Belum sempat nak melelapkan mata, kami mendarat di lapangan terbang Phnom Penh. Cuaca agak kurang baik kerana baru lepas hujan. Pendaratan pesawat juga agak kurang lancar dan agak goyang. Syukur alhamdulillah, kami selamat mendarat di bumi Kemboja.
|
Pasangkan tali pinggang keselamatan |
|
Selamat mendarat di Kemboja |
Sebaik tiba di lapangan terbang di Phnom Penh jam 10.30
pagi, kami disambut oleh Encik Asyari bin Ahmad iaitu Pengerusi Eksekutif
Persatuan Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kemboja
(ACCAM). Lapangan terbang antarabangsa ini agak kecil. Urusan imigresen dan kastam berjalan lancar dan teratur.
|
Pertama kali menjejakkan kaki di bumi Kemboja |
|
Cari kotak..cari beg |
|
Standby troli di Airport Phnom Penh |
Kami sekali lagi terpaksa memunggah kesemua kotak-kotak dan bagasi yang dibawa. Kami menaiki Pajero (pacuan empat roda) yang disediakan oleh pihak hotel. Sebanyak 7 buah kenderaan diperlukan untuk membawa semua peserta dan barang-barang.
|
Kenderaan pacuan 4 roda yang membawa kami dan barang-barang |
|
Angkat berat lagi... |
Kami di bawa ke Hotel Asia yang jaraknya kira-kira 100 meter dari Central
Market, pasar terkenal untuk membeli belah. Kesemua barang-barang yang kami
bawa juga tiba dengan selamatnya.
Yang menarik tentang hotel Asia ini ialah di dalamnya terdapat Restoran KFC yang menjual makanan halal. Pengunjung boleh membuat bayaran menggunkan duit USD ataupun Riel.
|
Restoran KFC |
|
Bangunan kuning itu merupakan Central Market (Pasar) yang mempunyai 4 akses (pintu masuk) |
Setelah selesai segala urusan di hotel dan menyimpan
barang-barang yang dibawa, kami di bawa ke sebuah restoran Halal, Champa Mekong Restaurant, yang
menyajikan menu masakan orang Kemboja. Ianya seakan stimbot yang menyajikan sup
kepala ikan dan tomyam makanan laut yang di makan dengan sayur-sayuran seperti
kangkung dan sawi.
|
Jom makan |
|
Pelik tapi sedap |
Pengalaman menaiki tuk-tuk di sana amat menarik kami
kerana walaupun jalan raya agak sesak, namun kecekapan pemandu tuk-tuk di sana
harus dipuji. Bagi perjalanan pergi dan balik dari Hotel Asia ke restoran
tersebut tambangnya adalah USD5.00. Tuk-tuk adalah pengangkutan
yang amat popular di Kemboja. Kebanyakan urusniaga adalah dalam matawang US
Dollar. Namun pelancong juga boleh
berurusan dalam matawang negara Kemboja iaitu Riel. RM0.80 matawang Malaysia
bersamaan dengan 1,000 Riel.
|
Panik dan cuak... |
|
Aksi potong memotong |
|
Pengalaman baru |
|
Cari seat belt tak ada... tawakal je naik Tuk Tuk nie.. |
|
Peace all.... |
Pada sebelah petang, kami berkesempatan
menjejakkan kaki ke Central Market dan pasaraya Sorya berdekatan untuk membeli beras
sebanyak 100 kilogram yang diamanahkan oleh penderma untuk disedekahkan kepada
penduduk kampong. Semuanya pulang awal untuk berehat dan menantikan hari esok yang penuh cabaran.
Sambungan...
No comments:
Post a Comment