Saturday, January 20, 2018

Kembara bersama anak kecil ke bumi Kiwi, New Zealand 2017 (Part 6)





Part 6: SubhanAllah… Ciptaan Indah Milford Sound Keajaiban Dunie ke 8

Hari Kelima: Mengembara di New Zealand
INVERCARGILL – MOSSBURN – TE ANAU- MILFORD SOUND – TE ANAU (400 KM)

Ringkasan Perjalanan 2 Disember 2017 (Sabtu)
INVERCARGILL – TE ANAU (158 KM- 1 Jam 52 Min tanpa henti) dan
TE ANAU- MILFORD SOUND – TE ANAU (118 KM x 2 HALA atau  1 Jam 50 Min x 2 hala)

 7.00 AM Sarapan Pagi. Masak untuk makan tengahari.
·         9.30 AM Check out Motel
·          Menziarah Masjid paling selatan di dunia di Invecargill.
·         10.00 AM Perjalanan menuju ke Te Anau melalui Mossburn.
·         11.00 AM Berehat di Mossburn – playground dan tandas
·         12.30 PM Tiba di Te Anau. Isi minyak kereta dan ke tandas.
·         Meneruskan perjalanan ke Milford Sound untuk cruise jam 3.30 petang
·         2.50 petang Tiba di kawasan letak kereta Milford Sound dan beli tiket cruise di kaunter Southern Discoveries. Berjalan kaki ke jeti sejauh lebih kurang 15 minit.
·         3.30 petang Cruise ferry Milford Sound
·         4.45 petang Tiba semula di jeti.
·         Bergerak balik ke Te Anau. Singgah untuk bergambar di Homer Tunnel dan kawasan tepi sungai yang penuh bunga lupin.
·         7.30 petang Check in Fiordland Hotel, 91 Luxmore Drive, 9600 Te Anau (2 bilik hotel - tiada dapur memasak)
·         Solat dan makan malam di bilik. Rehat.

Hari empat di bumi Kiwi. Cuaca yang sangat sejuk di luar. Setiap katil ada heater elektirik di bawah tilam untuk panaskan tilam. Heater di bilik pun kami pasang kerana cuaca yang sejuk. Berat sungguh nak bangun. Selepas bersarapan dan menyediakan makanan untuk tengahari yang ringkas, kami mula mengemas barang-barang untuk daftar keluar.

Strawberi setiap hari..murah dan manis sangat...cicah Coklat.

Chocolate Drink dan English BReakfast Tea yang sangat sedap diberi dalam setiap bilik
Jam 9.30 pagi, kami ke Masjid paling selatan di dunia. Ianya adalah sebuah Islamic Centre di kawasan perumahan. Suasana agak sunyi. Pintu gate masjid sahaja tidak berkunci. Namun pintu dalam masjid berkunci. Saya meningalkan beberapa buah surah Yassin di kerusi yang diletakkan di luar masjid ini, dengan harapan surah Yassin di dapat diwakafkan untuk kegunaan di situ.


Check out already

Dalam Masjid

Ada butkti dah sampai sini 

Dipanggil Community Centre. Ianya Masjid paling selatan di dunia

Dalam kawasan perumahan je Masjid ni. Sunyi juga kawasan ini

Mercu Tanda di tengah bandar Invercargil. Tak sempat ke museum Invercargil sebab nak kejar ke Milford Sound

Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk ke Te Anau melalui bandar Invercargill. Bandar nya tidak lah sebesar bandar Dunedin. Tapi banyak juga kawasana perumahan dan kediaman di sini. Kami juga berhenti untuk mengisi minyak dan ke bilik air.

Vroom vroom.. Kat sini tak ada motor kapcai.. semua motor berkuasa besar aje.. 

Isi minyak dulu di sini sebelum ke Invercargill. .setiap hari harga minyak berubah2 di setiap stesen minyak


Layan gambar dulu sepanjang perjalanan dari Ivvecargill ke Te Anau


The sleeping beauty

Tak risau nak memandu di sini.. memang macam ni la jalan nya.. tak banyak kereta


Lembu-lembu tenusu yang gemuk dan sihat



Angin di sini pun kuat... 

Awan seakan-akan terapung rendah

Adik-adik yang lain tidur.. kakak seorang je yang turun

Gembira nampak snow cap dan puncak gunung

Lihatlah dunia...

Tiba di satu kawasan atau pekan kecil iaitu Mossburn, sekali lagi kami berhenti rehat untuk ke tandas awam yang terletak di tepi jalan dan bersebelahan taman permainan. Agak lama juga kami berhenti di sini untuk bagi peluang kepada anak-anak bermain di taman permainan ini. Cantik taman permainan di negara ini. Cantik terpelihara, tiada vandalism dan alatan permainannya pelbagai. Tandas awam di sini juga sangat bersih, walau dalam tandasnya tiada paip air. Jadi kita kena standby dengan baby wipe (tisu basah), atau bawa botol air untuk bersuci. Mossburn juga terkenal dengan ternakan rusanya, selain ladang ternakan biri-biri dan lembu. Dan Mossburn berada di satu persimpangan tiga untuk ke Te Anau atau pun ke Queenstown. Untuk balik ke Queenstown keesokan harinya, kami akan melalui pekan kecil ini semula.



Rumput kering atau hay bale untuk kegunaan makanan haiwan di musim sejuk



Pemandangan indah

Rumput-rumput yang disiram dengan paip/saluran air yang besar.

Saluran air untuk siram tanaman dan rumput

Sangat teruja tiap kali nampak salji di puncak gunung

Tandas awam yang bersih dan percuma

Wan tolong jaga cucu



Kena study dulu ni. Lebih kurang macam di Malaysia juga.. cuma speed limit tu 100 km/j


Sejarah Mossburn.. Gambar rumput oren RedTussock yang indah sepanjang jalan dari Mossburn ke Te Anau

Rumput merah yang menjadi tarikan  dan spesis rusa yang diternak di sini

Tak ada rumput di semua taman permainan di sini.. hanya pasir atau batu-batu kecil, atau pun habuk/serpihan kayu sahaja di permukaan lantainya.

Buai nya sangat klasik.. guna kayu je pun.. tapi kukuh.

Kisah dan sejarah Mossburn.

Kena baca cara pemanduan yang betul di sini

Posing dulu di sini.. rehat-rehat jap

Kini giliran saya pula untuk memandu. Angin agak kuat dalam perjalanan ke Te Anau.  Ada satu kawasan yang agak cantik pemandangannya kerana kiri kanan jalannya terdapat rumpun-rumpun rumput panjang yang berwarna kemerahan. Kami terserempak dengan konvoi Motorhome dari arah Te Anau yang hendak ke Dunedin, Gore atau Invercargill. Sesekali bila berselisih dengan motorhome, boleh goyang juga kereta ini. Pemanduan harus dikekalkan bawah 100 km/sejam. Ada ketikanya angin yang kuat juga boleh membuatkan kereta bergoyang. Pemandu perlu lebih focus dan memperlahankan kenderaan. Walaupun jalannya agak lurus, namun harus berhati-hati dengan angina yang kuat. Pemandangan di kiri kanan jalan juga tidak putus-putus dengan ladang ternakan biri-biri yang sangat luas.  

View dari Invercargill ke Moss Burn

Kami mengejar masa agar sampai awal di pekan Te Anau. Ketika berhenti untuk mengisi minyak dan ke tandas di sebuah stesyen minyak di situ, saya membuat panggilan telefon ke sebuah syarikat yang mengendalikan cruise ferry di Milford Sound, iaitu Southern Discoveries. Ada beberapa syarikat yang mengusahakan feri ke Milford Sound ini. Antaranya adalah Jucy Cruise, Go Orange, Realjourneys dan Southern Cruise. Jika kita membuat tempahan secara online, sudah tentu harganya lebih murah dan dapat diskaun 10 %. Tapi memandangkan kami tidak mahu mengambil risiko kerana tidak pasti dengan keadaan cuaca atau tiket yang kehabisan, jadi kami membuat keputusan untuk membeli tiket di kaunter di jeti sahaja. Setelah mendapat pengesahan dari pihak Southern Discoveries bahawa jalan ke Milford Sound baik dan tidak ditutup serta masih sempat untuk menaiki cruise jam 3.30 petang, maka kami bergegas meneruskan perjalanan ke sana.

Jumpa banyak bunga kuning ini dari Te Anau ke Mirror Lake

Jalan yang jarang jumpa kenderaan, menghala ke Milford Sound dari Te Anau.


AIr terjun atau ais dari puncak gunung yang sedang mencair

Air sungai yang jernih. Snap gambar dalam kereta yang bergerak aje.

Rasa teruja bila nampak salji putih atas gunung

Pada rancangan asalnya dalam tentative program, kami sepatutnya ke Milford Sound keesokan pagi untuk mengambil cruise jam 9.15 pagi atau 12.30 tengahari. Dalam sehari ada tiga masa perjalanan cruise feri ini.  Namun, setelah melihat ramalan kajicuaca di website, cuaca di Milford Sound keesokan pagi diramal akan hujan. Agak sukar jika ke sana pada waktu hujan. Malah kita kena berjalan dari tempat parking ke jeti yang agak jauh juga. Jadi kami mencari peluang untuk ke sana pada petang tersebut. Melihat weather forecast, cuaca akan hujan sebentar dan mendung di Milford Sound pada sebelah petang. Sebelum itu cuaca di Te Anau sangat cerah dan panas. Namun, ketika kami sampai di Homer Tunnel iaitu sebuah terowong sehala di puncak gunung, hujan renyai mulai turun. Sejuk tak terkata di sini dan masing-masing memakai jaket tebal, sarung tangan dan stokin.

wow..... wow... cukup indah gunung-ganang di sini

Semua cari glove dan baju sejuk sebab sejuk yang teramat

Tak dapat nak gambarkan bagaimana cantiknya pemandangan bukit-bukau, gunung-ganang yang masih bersalji putih di puncak gunung. Air dari glasier yang cair turun dari puncak gunung ini memukau mata memandang. Dari Te Anau untuk sampai ke puncak gunung yang ada terowong ni pun sungguh cantik. Pada mulanya kiri kanan jalan terdapat banyak bunga-bunga kuning. Kemudian di suatu lembah dan kawasan yang ada sungai-sungai jernih yang mengalir terdapat banyak bunga lupin liar. Hati sangat gembira tatkala pertama kali melihat deretan bunga lupin ini. Sebelum ini di Christchurch, Dunedin dan Invercargil tiada bunga lupin. Bunga kegillaan ini bukan berada di semua tempat di New Zealand. Ianya hanya ada pada hujung musim bunga dan awal musim panas iaitu mulai pertengahan bulan November hingga hujung bulan Disember sahaja.

Kami juga melalui satu kawasan dipanggil Mirror Lake. Di tasik ini akan berlaku pembalikan pada permukaan air. Jadi gambar yang seolah-olah menjadi dua kerana berlaku pembalikan di atas air tasik ini. Namun ketika itu cuaca mendung dan kebiasaannya cuaca mendung ini tidak berlalu pembalikan cahaya. Jadi, kami memilih untuk tidak singgah di sini. Kerana kawan yang telah datang pada hari sebelum kami ke sini juga telah ke Mirror Lake ketika cuaca mendung. Jadi katanya, gambar yang diambil tak berapa cantik sebab tiada pembalikan berlaku.

Berlatarbelakangkan motor home

Sedang menunggu lampu isyarat dari merah ke hijau

Ketika kami sampai di terowong Homer Tunner, kelihatan beberapa buah kenderaan yang sedang beratur untuk menungu lampu merah. Semua penumpang kenderaan turun untuk bergambar. Kami turut turun untuk bergambar, namun anak-anak sedap tidur di dalam kereta. Ketika bergambar, ada beberapa ekor burung KEA yang berbulu tebal datang ke arah kereta.  Nampak agak friendly burung ini. Siap duduk atas bumbung kereta lagi. Disebabkan lampu isyarat bertukar ke warna hijau, kami menaiki kereta semula takut kelewatan.
Terkejut tiba-tiba ada seekor burung bertenggek atas kereta.. 

Ketika memasuki terowong yang gelap ini, hati mula terasa resah dan berdebar. Panjangnya terowong ini adalah 1.2km. Dalam terowong sangat malap dan bertemankan cahaya lampu kereta sahaja. Ianya tidak seperti terowong di Malaysia yang cukup cerah. Jadi kami memandu dengan perlahan dalam 30 atau 40 km/jam. Dalam hati turut berdoa agar semuanya berjalan lancar dan tiada berlaku apa-apa yang tak diingini. Di sebabkan jalan yang licin kerana hujan telah mulai turun, kami memperlahankan lagi kenderaan. Setelah kelihatan cahaya cerah di hujung terowong, baru rasa sedap hati dan lega.

Kereta berderet dah tunggu untuk masuk ke terowong. Tunggu lampu hijau dulu.. Keluar je dah gaung.. tapi cantik.
Sebaik sahaja keluar dari terowong, kami hanya mampu mengucap kalimah Syukur Alhamdulillah dan Subhanallah. Tak terucap dengan perkataan betapa indahnya ciptaan alam ini oleh Yang Maha Esa. Puncak gunung yang memutih dengan salji dan kabus tebal di hadapan kami, rasa sungguh kerdil diri ini melihat kebesaranNya. Dalam pada masa yang sama, kami juga rasa sangat gementar bila melihat curam dan gaung di kiri kanan lereng gunung ini. Jika tersalah langkah, memang masuk gaung la jawabnya. Tak dapat bayangkan jika menaiki motorhome  yang gedabak untuk ambil selekoh tajam dalam keadaan hujan dan jalan yang licin di sini. Sesekali bila berselisih dengan motorhome di tengah jalan yang sempit, kami terpaksa mengelak dan ke tepi.  Di hujung terowong ini juga kelihatan deretan kereta dari Milford Sound yang sedang menunggu untuk melepasi terowong ini apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Kita laluan dari car park untuk ke jeti. Jika hujan memang nahas la nak ke jeti. Agak jauh juga.. lebih kurang dalam 300-500 meter. Bas sahaja dibenarkan terus ke kaunter di jeti. 

Nasib baik ketika sampai sini hujan dah berhenti. Tepat ramalan kajicuaca di sini. 

Pimpin la atok sebab dah penat menapak

Dah tak sabar nak naik cruise



Gunung-ganang yang cantik dengan pemandangan kabus

Ada beberapa syarikat/pengendali feri di sini..


Feri ni yang kami naiki

Alhamdulillah, mereka berdua sihat dan sampai juga ke sini


Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat di kawasan meletak kenderaan di kawasan ini. Namun agak jauh juga untuk berjalan ke jeti. Kami terus mencari tandas awam kerana masing-masing kesejukan. Setelah itu, kami ke kaunter tiket feri Southern Discoveries di kawasan parker ini untuk membeli tiket kerana takut kehabisan tiket. Untuk info lebih lanjut mengenai cruise di sini, boleh layari di sini. https://www.southerndiscoveries.co.nz/ Atau anda juga boleh dapatkan tiket dengan harga diskaun di Bookme https://www.bookme.co.nz/

Setelah membeli tiket di kaunter tersebut, kami berjalan kaki dalam 10-15 minit untuk ke jeti. Sempat juga bergambar di kawasan jeti ini. Di jeti ini ada satu bangunan khas bagi beberapa buah syarikat pengendali cruise ferry yang menjual tiket. Pelanggan juga boleh minum dan berehat di sini sementara menunggu feri. Kami perlu tukarkan resit/bil yang dibeli dari kaunter di atas berhampiran tempat letak kereta terdahulu di kaunter dalam bangunan yang terdapat di jeti ini untuk dapatkan token sebelum menaiki feri. Setelah token diberi kepada crew, kami dibenarkan menaiki feri ini.


Milford Sound adalah tasik dan juga penghubung kepada lautan Tasman Sea. Ianya juga dikenali sebagai 8th wonder of the world. Sekeliling kawasan ini bergunung-ganang dan banyak air terun dari gunung.  Jika bernasib baik, kita akan dapat melihat ikan lumba-lumba, New Zealand Fur Seal (singa laut), ikan paus dan haiwan liar lain. Namun ketika kami ke sana, hanya kelihatan singa laut yang terdampar di atas batu-batu. Feri juga akan ke satu kawasan air terjun di mana pelancong boleh memakai baju hujan yang disediakan jika hendak merasa air glasier ini dan bergambar di bawah air terjun ini.
Tercari-cari dolphin dan singa laut

Sebelah ni feri Go Orange

Tempat menunggu feri. Bangunan kaca belakang tu terdapatnya banyak kaunter yang jual tiket cruise dari beberapa company

Lady boss


Naik ke feri, terus buka bekal la...

Nak jimat masa, kita kena pandai curi-curi masa untuk makan... rugi wooo..  tak boleh buang masa di sini. Belakang tu ada termos air untuk buat air coffee dan tea secara percuma.

reading dalam feri.. Tour guide juga bercerita kisah Milford Sound di sini

Lepak

Relax di atas dek

Sejuk di luar ni

Sejuk di luar ni.. berkabus

Nak lagi mencabar dan open, boleh naik di dek atas sekali tu.. tapi bawa kanak-kanak bahaya pula

Pegang kuat-kuat...

Pemandangan yang sangat cantik.. kebanyakan feri akan jalan secara serentak..waktu yang sama.

Nak tengok singa laut atas batu

Mana? Mana?

Boleh pinjam jacket di belakang tu jika nak bergambar di bawah air terjun

Feri lalu bawah air terun

Banyak sangat air terjun di sini



Dah nak turun jeti semula
 Memandangkan anak-anak masih kecil, jadi kami sekadar melihat dari atas dek tempat kapten sahaja, sementara suami keluar ke dek untuk bergambar dengan beberapa orang mat salleh di situ. Seronok anak-anak dapat menimba pengalaman baru dan melihat singa laut dari dekat. Dalam feri ini lah kami makan bekalan tengahari yang telah dimasak di motel. Dalam feri ini, mereka juga menyediakan minuman teh dan kopi untuk penumpang secara percuma. Kami turut membawa biskut, sandwich dan buah-buahan juga untuk alas perut.
Kenangan indah kami bersama atok dan wan

Jom balik... dah penat
Ketika menghampiri penghujung danau yang terbentang Lautan Tasman, bot berpatah balik semula ke jeti. Cuaca mendung dan berkabus kerana hujan sebelum kami tiba di jeti. Setelah bersantai selama sejam setengah dalam feri, kami tiba akhirnya di jeti. Kami berjalan kaki semula ke arah letak tempat kereta sejauh 10-15 minit. Sempat juga ke bilik air sebelum balik ke Te Anau. Menaiki feri adalah sama rasanya macam menaiki feri di tasik-tasik lain. Cuma pengalaman melalui jalan yang curam, pemandangan gunung-ganang yang sangat cantik untuk ke Milford Sound ini membuatkan ianya suatu pengalaman yang sangat berharga dan berbaloi. Rugi jika dah sampai ke South Island, tapi tidak ke sini.

View yang superb
Jam 5 petang kami bergerak balik ke Te Anau. Keadaan jalan agak sunyi dan jarang terjumpa kenderaan kerana feri terakhir adalah jam 3.30 petang iaitu feri yang kami naiki tadi. Pekerja-pekerja di kaunter di jeti juga semuanya pulang jam 5 petang. Kenderaan mendaki bukit semula untuk ke terowong Homer. Sesekali memang rasa kecut perut bila kiri kanan jalan adalah curam dan gaung. Hujan sebentar tadi membuatkan jalan licin dan kami memperlahankan kenderaan. Kali ini hanya ada tiga buah kenderaan sahaja di bersama-sama kami memasuki terowong ini. Sunyi sepi ketika memasuki terowong ini. Dalam hati masih berdoa agar perjalanan kami lancar dan selamat. Kami memperlahankan kenderaan sebaik keluar dari terowong dan berhenti untuk bergambar. Keindahan gunung-ganang di puncak gunung ini cukup mempesonakan. Cukup cantik dengan aliran air mengalir dari salji yang mencair dari atas puncak gunung. Subhanallah… nikmat mana yang harus didustakan?
Milford Sound ini Dikenali juga sebagai Piopiotahi.

Di hentian tepi Homer Tunnel ini sekali kali burung KEA menarik perhatian anak-anak. Jika masa dalam perjalanan pergi tadi mereka tidur dan tidak turun bergambar, kali ini mereka turun pula untuk bergambar kenangan. Terlalu asyik juga mereka memberi makan roti kepada burung KEA yang nampak jinak tapi liar ini. Burung KEA ni hanya terdapat di kawasan pergunungan memandangkan bulunya yang lebat dan spesis yang jarang dijumpai.
Dah mula mendaki gunung ganang ni

Musim winter memang lagi scary lalu sini. Lampu Hijau OK..boleh terus lalu..

Dah mula nak masuk terowong

Ni okay lagi sebelum gelap gelita..sila  pasang lampu kereta

Ni gelap kelam dalam terowong..  lorong sehala sahaja..sempit

Yahoo... dah sampai keluar terowong

Yee haa... 

Misi berjaya.. Alhamdulillah... wishlist ke Milford Sound berjaya

Hebat Ayah.. first time memandu di luar negara

Gumbira nya

Syukur selalu.. Thank you Allah

Bagi makan burung KEA.yang gemuks...

Dapatsembelih ni..sedap panggang ni.

Kebulur betul burung ni.. roti pun habis ...

Dah macam filem hindi ni

Ayuh pulang.. turun bukit pula.. tadi mendaki

Cantik sangat... macam kat oversea...

Setelah puas bergambar, kami turun menghala ke Mirror Lake. Namun keadaaan cuaca yang mendung dan tiada pancaran matahari, membuatkan kami terpaksa melupakan impian untuk singgah bergambar di sini. Jika keadaan cuaca cantik dan cerah, ramai photographer akan singgah di sini untuk mengambil gambar tasik ini. Akhirnya kami tiba di suatu kawasan yang penuh dengan bunga lupin. Kawasan di sini memang penuh dengan bunga lupin ungu, merah jambu, putih dan merah.


Ramai yang menyangka ini adalah bunga lavender. Namun ianya bukan lavender, kerana lavender bersiaz lebih keci. Di Wanaka ada taman bunga lavender yang memang dalam perancangan untuk kami pergi nanti.  Dan bunga lupin ini khabarnya dibawa dari tanah Eropah ke South Island, New Zealand suatu ketika dahulu untuk menyerikan suasana sekitar Tasik Tekapo. Jadi jika anda ke Pulau Utara New Zealand, anda mungkin tidak berpeluang untuk merasai dan menikmati pemandangan bunga lupin ini. Atau jika anda datang pada musim lain atau bulan lain selain Disember atau akhir November, anda juga tidak mungkin melihat keindahan bunga lupin ini. Jika di Korea dan Jepun terkenal dengan bunga sakura nya, di Turki dan Holland dengan bunga tulips nya, maka di South Island dan beberapa  tempat di South Amerika dan Eropah terkenal dengan bunga lupinnya.


Lupinus, commonly known as lupin or lupine (North America), is a genus of flowering plants in the legume familyFabaceae. The genus includes over 200 species, with centers of diversity in North and South America.[2] Smaller centers occur in North Africa and theMediterranean (sumber Wikipedia).

Jom layan gambar Mak Jemah ni semua bergambar dengan lupin.. sebab bukan senang nak dapat jumpa lupin... jika datang December je ada bunga ni..

Wan yang paling teruja.... 

Baru bangun tidur.. rugi pula jika tak kejutkan untuk bergambar

Pertama kali lihat dan pegang bunga lupin ni.. besar dan tinggi.. 

Ada bau juga..wangi


Cuma di sini tiada lupin warna kuning dan putih. Di Lake tekapo ada...


Syurga Dunia

Terpacar kegembiraan


Wangi la Mama...


The 3 sisters


Us...



Wan posing Wan... cepat cepat nak hujan ni...

Soaring upwards


Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kami akhirnya bergerak pulang ke pekan kecil Te Anau. Hari masih cerah kerana Maghrib sekitar jam 9 malam. Kami meneruskan perjalanan sambil menikmati pemandangan indah bunga lupin dan bunga-bunga kuning di kiri kanan jalan dengan hati yang puas. Segala impian dan hajat untuk melihat dan bergambar dengan lupin ini telah tercapai. Syukur Ya Allah, kerana mengizinkan kami untuk menjejakkan kaki ke sini dan melihat syurga dunia ini walaupun banyak halangan pada awalnya untuk sampai ke bumi Kiwi ini. Dan dapat lihat Lupin ini kiranya suatu bonus juga... 

Menempuh kembali bunga-bunga kuning di kiri kanan jalan menuju ke Pekan Te Anau

Kiri kanan jalan bunga kuning pula


Terpegun

Dah nak sampai Te Anau


 Kami tiba di Fiorldland Hotel jam 7.30 malam. Kaunter juga akan ditutup jam 8 malam. Keadaan agak sunyi sepi, namun kawasan tempat meletak kenderaan telah dipenuhi kereta. Kami sebenarnya tidak mempunyai banyak pilihan untuk menempah bilik hotel di Te Anau. Ketika membuat tempahan hotel/motel di Te Anau, hanya satu hotel ini sahaja yang masih mempunyai bilik kosong. Di sesetengah tempat yang agak terpencil seperti Te Anau, Lake Tekapo, Cromwell serta Mt Cook,  tempat penginapan agak kurang. Maka, tempahan perlu dibuat awal takut kehabisan. Kami booking bilik ini dua minggu sebelum ke sana. Dan kami tiada pilihan lain dan ini satu-satunya hotel yang masih ada kekosongan. Mungkin jika ada pilihan lain, kami lebih suka menginap di Holiday Park Te Anau atau Motel lain yang lebih dekat dengan pekan Te Anau atau mengadap tasik Te Anau serta ada kemudahan dapur untuk memasak.

Bilik bersih .. tilam best. ada heater... tapi kecil sikit bilik ni.

Bilik air bersih..lengkap tuala dan sabun semua

Dah sampai hotel

Ada wifi


Bilik agak kecil tapi selesa dan bersih
Bilik belakang kereta.... boleh buka pintu dan hulur je barang-barang dari kereta
Dah penuh parking.. jam 9 malam

Memandangkan di bilik hotel tiada dapur, jadi kami panaskan nasi goreng menggunakan rice cooker yang dibawa. Boleh la goreng sambal sardine dalam rice cooker di bilik juga. Bilik hotel ini agak kecil. Setiap bilik ini ada satu katil Queen dan satu katil bujang. Tilam dan bantal tetap empuk dan selesa. Biasanya di hotel dan motel, bantal dan kusyen diberi lebih. Jika katil Queen, mereka akan beri 4 bantal dan 2 atau 4 kusyen kecil. Tambahan pula hotel ini juga lengkap dengan cawan, cerek, serta keperluan untuk membuat air. Di semua hotel atau motel di sini, mereka tidak bekalkan creamer untuk membuat air. Di sini, mereka sediakan teh uncang, coffee, coklat, gula beserta fresh milk (susu segar untuk menggantika creamer) secara percuma di bilik penginapan.

Kerana keletihan perjalanan yang cukup jauh siang tadi, maka selepas makan malam, semuanya berehat dan masuk tidur lebih awal. Di hotel di Dunedin dan motel di Christchurch kami dapat Wifi percuma di hotel/motel. Di sini juga kami mendapat wifi secara percuma. Hajat di hati nak mendobi. Namun kerana kepenatan, kami buat tugasan mendobi ini keesokan paginya di bilik laundry di tingkat dua. Langit nampak cerah dengan bintang yang berkedipan dan bulan yang terang di malam hari. Walau cuaca yang indah di luar namun ianya tetap sejuk menusuk kalbu dan kami masih menggunakan heater di bilik. Suhu sekitar 15 °Celcius. Sebab tu jika bawa anak-anak kecil dan warga emas, adalah disarankan untuk menginap di motel atau hotel kerana lebih selesa dengan kemudahan heater di bilik dan heater di bawah tilam. Selamat malam Te Anau…

Maklumat lanjut mengenai hotel: http://www.fiordlandhotel.co.nz/
Fiordland Hotel, 91 Luxmore Drive, 9600 Te Anau

Kelebihan hotel ini:
1.       Ada service laundry yang lengkap dengan mesin basuh serta pengering.
2.       Tidak berapa jauh dari sebuah stesyen minyak.
3.       Bilik yang selesa dan kemas. Boleh parking kereta depan bilik/apartment.
4.       Laundry atau mesin basuh serta mesin pengering juga disediakan di motel, sebelah office. Boleh guna sebelum jam 9 malam.  Atau pada waktu pagi mulai jam 8 pagi.
5.       Check in baru mereka charge ke dalam credit card atau pembayaran juga boleh dibuat dengan tunai.
6.       Boleh request minta bilik di tingkat bawah untuk kemudahan warga emas dan anak kecil.

Bersambung… to be continued ke Part 7