Friday, July 3, 2009

Birthday

Ulang Tahun ke 34
28 Jun 2009
Alhamdulillah, syukur kepada Illahi kerana saya dapat meraikan ulangtahun yang ke 34 bersama suami dan ahli keluarga baru-baru ini. Bila dikenang semula, ada kawan2 dan saudara- mara yang telah meninggalkan dunia ini ketika usia masih muda. Syukur Alhamdulillah kerana saya masih diberi kesempatan menghidup udara segar di bumi ini.

Orang selalu kata, kehidupan itu indah..hidup di bumi ini adalah sementara.. hidup kita di dunia ni singkat je. Oleh itu, sebagai seorang Muslim, saya sentiasa berdoa untuk diri saya sendiri, kedua ibu bapa saya, adik-beradik saya, suami, saudara-mara , kawan-kawan, rakan sejawat dan guru-guru saya agar diberi kesihatan yang baik sepanjang hidup di dunia ini agar dapat beribadat sebanyak mungkin. Dan andai kata kita dijemputNya terlebih dahulu, mohon agar ditempatkan kita di kalangan orang-orang yang beriman.


Sebenarnya, saya menyambut tanggal 28 Jun di Tasik Kenyir. Tapi kek pun tak ada dalam hutan tu. Walau bagaimanapun baru-baru ini saya sempat pulang ke kampung dan meraikan secara kecil bersama suami, mak, abah, adik beradik dan anak saudara di KFC Bentong. Ianya merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan, kerana inilah kali pertama menyambut ulangtahun selepas bergelar seorang isteri. Lebih manis lagi, dapat menyambut bersama yang tersayang kan..kan...

Terima kasih kepada kawan-kawan, famili dan rakan-rakan sejawat yang telah memberi ucapan, doa dan hadiah untuk saya. Semoga kalian semua juga akan panjang umur dan diberkatiNya selalu.



2 comments:

  1. wah kak niza, bestnya... HAPPY BELATED BIRTHDAY...moga panjang umur murah rezeki...

    ReplyDelete
  2. Hepi belated besday niza. Semoga ko terus sukses apa yg nak ko capai.

    Aku try hantar kat msj box ko tepi tu tapi dia dok kata 30days trial expired..kat klik nak send tu..dia tulis view only..naper ek? cuba ko check..

    Niza..aku maleh nak pi website ganu tourism tu..nak tanya nih..brp sewa bot beso tu kat sana yek?

    ReplyDelete