Tuesday, July 28, 2009

Iklan dan Karya berkualiti Yasmin Ahmad


Yasmin Ahmad
1 Julai, 1958 -25 Julai, 2009
Dipetik dari Blog Yasmin Ahmad, 12 Mac 2009:
"It's been a bit crazy. In the last four weeks, I've shot 14 commercials for Earth Hour, one for AirAsia, and just last week, one for the Singapore government.And in between, I attended one meet-and-greet session for the second release of "Muallaf" in Singapore, and two pre-release screenings of "Talentime"Yes, it's been crazy. And I'm deliriously happy. Alhamdulillah."

"Agaknya orang yang buat iklan ni ingat kita bodoh, apa", kata Mak Ara, salah seorang makcik kepada Yasmin Ahmad beberapa tahun yang lalu sebelum Yasmin Ahmad menceburi bidang pengiklanan. Juga petikan dari blog Yasmin Ahmad.

Mungkin apa yang diperjuangkan oleh Yasmin Ahmad selaku penulis skrip dan pengarah filem serta iklan ini ada benarnya. Orang pemasaran (marketing people) hanya mementingkan apa yang boleh dijual kepada pengguna dan cuba menarik pengguna membeli dengan adanya saluran media seperti pengiklanan. Orang pengiklanan (advertising team) pula bertungkus-lumus memerah ide-ide yang kreatif supaya dapat menarik penonton dan pengguna mencuba dan seterusnya membeli sesuatu produk.

Seperti yang ditulis dalam blog Yasmin, pengguna dan penonton sekarang amat peka dan semakin pandai menilai sebelum membeli sesuatu barang, dan mereka agak susah untuk diperdayakan melalui pengiklanan. Contohnya, pengguna sekarang ni mungkin lebih bijak jika mereka menonton iklan produk pemutih kulit atau losyen kulit yang mengekploitasi wajah Pan Asia. Tapi hakikatnya, berapa ramai rakyat Malaysia yang berkulit putih yang sesuai menggunakan produk tersebut.

Atau pun iklan kereta yang lebih kompak dan ekonomikal yang mempamerkan seorang perempuan memandu kereta kecil tersebut. Tapi hakikatnya, makcik tersebut mempunyai ramai anak untuk disumbat menaiki kereta tersebut. Itulah antara fantasi dan realitinya dunia pergiklanan dan pemasaran...

Mungkin kerana itulah, Yasmin Ahmad menceburi bidang pengiklanan dan menggunakan kreativiti, pengetahuan psikologi serta kebijaksanaan beliau untuk menghasilkan iklan-iklan hebat yang menyentuh emosi penonton dan pengguna tanpa rasa tertipu dengan produk dan servis yang dijual oleh sebuah organisasi.

Kreativiti beliau boleh dilihat melalui kebanyakkan iklan komersil Petronas yang menyentuh perasaan para penonton terutamanya iklan semasa sambutan Aidilfitri atau musim perayaan utama. Iklan televisen dan filemnya terkenal di Malaysia kerana unsur humour, kasih dan sayang antara sempadan budaya.Hasil kerjanya pernah memenangi anugerah dalam dan luar Malaysia.

Di dalam industri perfileman, Yasmin, bagaimanapun banyak mencetuskan kontroversi apabila pandangannya terhadap isu sosial yang difilemkan secara keterbukaan,tidak dapat diterima sesetengah pihak. Beliau dikritik hebat semenjak filem pertama dia, ‘Rabun’ telah disunting dalam 2003 diikuti oleh ‘Sepet’ (2004), ‘Gubra’ (2006), ‘Mukhsin’ (2006), ‘Muallaf’ (2008) dan Talentime (2009).


Tiada siapa akan lupa setiap iklan pendek arahan beliau yang menghiasi kaca televisyen saat menjelangnya sambutan hari kemerdekaan dan perayaan utama negara saban tahun. Iltizam Allahyarham untuk memupuk perpaduan tulen kalangan masyarakat melalui karya seni yang sinikal ternyata berjaya menaut sanubari masyarakat. Antara iklan-iklan hebat yang menambat hati penonton dan tetap segar di ingatan adalah:
Iklan Petronas Hari Kemerdekaan (2007) - Percintaan Tan Hong Ming
Iklan Petronas Hari Kemerdekaan (2007)- Satu Warisan, satu matlamat
Iklan Petronas - Burung Murai dan Iklan Orang Tua Makan menggunakan Pinggan Plastik
Iklan Silky Girl - Amani dan Mawi
Iklan Merdeka Petronas (2007) - How To Spell Dinosaur.
Iklan Tahun Baru Cina (CNY) - Pelakon dari filem Sepet dan kedai burung di Ipoh
Iklan Petronas Hari Kemerdekaan (2008) - Afdlin Shauki menabung duit untuk anaknya
Iklan Maybank (2007) -Loghat bahasa Sarawak
Iklan Suratkhabar Lama
Iklan Telekom
Iklan TNB
Iklan Bolasepak Piala Dunia 2000 - Makan Bola, Tidur Bola
Iklan Petronas (1999)- Bertajuk 'forgiving' ( Yasmin Ahmad bersama Tan Yew Leong dari Leo Burnett telah dianugerahkan hadiah 'Best Director; Gold Award Winner' dalam anugerah 4th Malaysian Video Awards )

  • Biodata Yasmin Ahmad
    Name : Yasmin AhmadOccupation: Leo Burnett creative director / scripwriter / director / producerPlace of birth: Bukit Treh, Muar, JohorDate of birth: July 1,1958Husband: Abdullah Tan Yew Leong (married January 2003)Education and career• A graduate in arts, majoring in politics and psychology from Newcastle University, U.K.• Worked as a trainee banker in 1982 for just two weeks.• Worked for IBM as a marketing representative while moonlighting as a blues singer and pianist by night.• Began advertising career as copywriter for Ogilvy & Mather.• Joined Leo Burnett in 1993 as joint creative director with Ali Mohammed and eventually promoted to executive creative director at Leo Burnett Kuala Lumpur.
    FilmsRabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf, Talentime• Also responsible for numerous Petronas ads and Singaporean commercials
    Achievement highlights• Bintang RTM 1975 runnerup• Most Original Story and Best Film (Malaysian Film Festival 2005 – for Sepet)• Best Film (27th Créteil International Women’s Film Festival, France – for Sepet)• Best Asian Film (18th Tokyo International Film Festival, Japan – for Sepet)• Best Film (Global Chinese Golden Arts, Malaysia – for Sepet)• Best Screenplay, Best Film (Malaysian Film Festival 2006 – for Gubra)• Silver (Netpack Festival, Indonesia – for Mukhsin)• Best Film – Grand Prix award by Kinderfest International Jury and Generation K-Plus category Crystal BearSpecial Mention (Berlin International Fim Festival, Germany — for Mukhsin)• Best Asian Film (The Cinemanila International Film Festival, Philippines — for Mukhsin)
Pada 23 Julai 2009, Yasmin tiba-tiba pengsan ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3. Beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Damansara dan menjalani pembedahan di kepala. Cecair di kepala dikeluarkan bagi mengurangkan tekanan disebabkan otaknya yang membengkak. Darah beku di otak kerana saluran darahnya yang pecah. Rundingan diadakan dengan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Eksekutif Media Prima Bhd) untuk menghasilkan filem dan tayangan berbentuk komersial bertemakan Satu Malaysia dan perpaduan kaum.

Beliau kemudiannya dihantar ke Pusat Pakar Perubatan Damansara. Para doktor berjaya menstabilkan beliau sebelum membuat pembedahan kira-kira jam 6 petang untuk mengurangkan bengkak di otaknya.Yasmin mempunyai darah tinggi dan mungkin menjadi punca beliau mendapat serangan angin ahmar.


Setelah tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan tersebut, Yasmin akhirnya kembali ke rahmatullah pada 25 Julai 2009, pukul 11.25 malam.


Kini,Malaysia kehilangan 1 lagi permata dalam dunia seni. Tidak keterlaluan sekiranya ramai yang akan merindui buah tangan pengarah kreatif itu terutamanya untuk iklan-iklan menjelang hari kemerdekaan dan sambutan Hari Raya Aidlfitri , Ogos dan September ini.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau,amin.Al-Fatihah~~

Marketing Hero Notes:
Saya tidak berminat untuk membicarakan kisah kontroversi beliau, tetapi saya amat mengagumi bakat dan anugerah semulajadi yang beliau perolehi yang diketengahkan. Ianya menjadi idola bagi penerbit filem, penulis skrip, pengarah iklan serta filem yang lain. Malah, banyak syarikat2 gergasi multinasional berlumba-lumba cuba mendapatkan air tangan dan sentuhan Yasmin Ahmad.
Untuk membaca kisah-kisah silam beliau dalam dunia perfileman, seni dan sastera, sila layari laman berikut:
http://yasminthestoryteller.blogspot.com/
http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment