Tuesday, July 14, 2009

Sasaran Pengguna


"What is your target market?"
" What is your segmentation?"
" Who is your target market?"

Siapa sasaran pelanggan anda jika anda mempunyai produk untuk dijual? Atau anda mempunyai perniagaan sendiri yang menjual barangan, perkhidmatan dan idea? Kepada siapakah harus anda sasarkan produk tersebut?

Mungkin bagi syarikat-syarikat gergasi atau syarikat multi-nasional, mereka amat peka dan meletakkan sasaran pelanggan mereke sebelum menjual produk mereka. Tetapi, ada juga sesetengah syarikat yang telah mempunyai atau meletak sasaran pelanggan. Namun mereka salah meletak sasaran pelanggan/pembeli. Mungkin mereka sasarkan produk ini kepada mereka yang tidak memerlukan sesuatu produk.

Ini lah antara kelemahan sesebuah syarikat jika mereka gagal mensasarkan kumpulan pelanggan mereka.

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengunjungi sebuah pusat membeli-belah di Melaka. Ketika mengunjungi sebuah gerai yang terletak dalam pusat membeli-belah tersebut, suami saya disapa dan ditarik oleh penjual atau promoter lelaki. Beliau hendak memberi demonstrasi dan menunjukkan cara menggunakan sejenis losyen muka dan badan.

Selepas penerangan yang terperinci diberi oleh promoter lelaki (Encik X) tersebut, saya bertanya kepada Encik X, " Encik nak jual losyen dan nak suruh suami saya beli losyen ni ke?"
Jawab Encik X, ya.
Saya bertanya semula, " siapa sasaran pelanggan Encik X? Lelaki ke perempuan?". Encik X jawab, "semua orang, tak kisah sesapa pun, asalkan mereka beli".

Saya tanya semula, " dah ramai ke lelaki beli produk ni setelah Encik membuat demonstrasi kepada mereka"? Encik X kata, tak ramai sangat.

Saya katakan kepada Encik X bahawa team beliau perlu peka dengan siapa sasaran pelanggan mereka dan mengulangkaji tingkah laku dan respons dari prospek. Bukannya pakai hentam je panggil sesiapa untuk beli produk kosmetik tersebut.
Pada fikiran saya, mereka ni akan membazir masa, duit dan tenaga jika mereka membuat produk demo, tapi tersalah golongan pelanggan atau pembeli. Dah la penat buat demo, tapi pelanggan atau pengunjung tu tak berminat nak beli. Dah tu pulak, mereka ni tak pernah pakai losyen seumur hidup mereka pun. Mungkin kalau mereka sasarkan kepada golongan wanita, ada kemungkinan golongan ini akan membeli.
Dan selain dari itu, produk yang digunakan untuk demo pun tak la membazir. Kan itu sebahagian daripada kos pemasaran jugak. Takkan nak buat demo sampai 10 botol untuk 100 orang pakcik-pakcik atau golongan lelaki, tapi akhirnya mereka tak beli juga.
Bukan saya maksudkan golongan lelaki tak minat nak beli alat-alat kosmetik, alat kecantikan atau losyen ni, cuma kekadang mereka ni malu juga kalau nak beli di tempat-tempat yang terbuka macam ni.
Dan antara sebab lain kenapa mereka perlu lebih fokus kepada kaum wanita, sebab wanita, ibu, girlfriend,awek ni lebih banyak mempengaruhi pembelian sesuatu barangan....(opps...kekadang duit pun mak-ibu-ummi yang control perbelanjaan harian atau mingguan tau).
Selain daripada tu, Encik X ni sibuk menyebut produk atau losyen beliau ni baik dan berkesan untuk memutihkan kulit... Hmm... tapi dia buat demo pada lengan suami saya. Macam mana nak nampak hasilnya dalam 2 minit sebab warna asal kulit lengan tu memang tak cerah pun. Dah buat comparison /perbandingan dengan lengan yang sebelah lagi yang tak buat demo tu, confirm, tak nampak langsung perbezaan hasilnya. Tak meyakinkan langsung pengguna untuk membeli kan..
Akhirnya kami berlalu pergi tanpa membeli produk tersebut....
Nota Marketing-Hero:
1) Perlu promoter yang pandai bercakap untuk buat demo. Bukan saja pandai bercakap, tapi yang cerdik dan pandai supaya tak 'auta' dalam memberi penerangan kepada pelanggan, sebab pelanggan pun lebih pandai menilai zaman sekarang ni.
2) Pastikan sasaran pelanggan anda tepat, bukan setakat tangkap muat je. Sebaik-baiknya buat kajian sebelum memasarkan produk baru tentang pelanggan anda.

No comments:

Post a Comment