4 Julai 2009
Baru-baru ini saya berkesempatan menikmati Mi Bandung Muar yang sangat enak dan lazat. Saya pernah terbaca mengenai Mi Bandung Pak Abu di dalam blog seorang blogger sebelum ini. Dalam blog saya sebelum ini, saya juga pernah menyatakan Mi Bandung Pak Abu adalah antara Mi Bandung yang popular di Muar.
Selepas menemani suami berjumpa seorang pelanggan di Parit Jawa, Muar, kami terus ke Tanjung Emas, Muar. Kami bersepakat untuk menjamu selera makan tengahari di Medan Selera Tanjung Emas. Kebetulan pula pada hari tersebut ada pertandingan wau, Roadshow Celcom dan Roadshow Sua Rasa TV9. Jadi, ramai pengunjung dari Batu Pahat, Segamat, Kluang, Melaka dan Pagoh yang turut ke sana.
Ketika sedang berjalan di Medan Selera Tg Emas untuk melihat menu dan mencari tempat duduk, saya terpandang sebuah gerai No 9. yang menjual mi bandung. Hati terpanggil untuk mencuba mi bandung di sini.
Rupa-rupanya Gerai No 9 ini adalah diwarisi dan dikendalikan oleh anak-anak Pak Abu. Manakala Pak Abu menjalankan perniagaan mi bandung di sebuah restoran di bandar Muar (kalau tak salah saya di Jalan Abdullah).
Saya juga berkesempatan membeli perencah segera mi bandung ini yang berharga RM10.00 sepeket untuk 7 orang makan. Sebelum pulang, kami juga mengunjungi tapak jualan dan pameran karnival SuaRasa TV9. Bila perut dah kenyang, hati pun jadi girang......
Nota Marketing Hero:
Rasa bangga kerana produk makanan tempatan sudah dikomersialkan dan dipasarkan ke luar negara. Kesungguhan usahawan-usahawan bumiputera ini harus dijadikan contoh kepada mereka yang sedang mencari-cari peluang pekerjaan dan perniagaan. Sebagai contoh, Pak Abu yang mempunyai kemahiran memasak dan resipi mi bandung yang enak memasarkan pek perencah segera mi bandung supaya mereka yang tidak dapat berkunjung ke gerai beliau, turut sama dapat merasai keenakan mi bandung ini. Beliau turut menggantung "bunting" atau banting untuk mempromosikan produk ini beserta no telefon untuk dihubungi.

No comments:
Post a Comment